Assalamualaikum.
Ramai sekarang yang
mula melihat perniagaan merupakan satu cabang kerjaya dan platform rezeki yang
perlu diberikan perhatian. Apatah lagi, perniagaan ini sangatlah digalakkan
dalam agama kita. Namun, ramai yang seringkali mengajukan beberapa soalan seperti
berikut :
1. Macam mana nak
mula?
2. Boleh ke mula masa
sedang belajar?
3. Modal macam mana?
4. Business apa yang
boleh buat awal-awal?
Sebenarnya kita boleh
je nak mulakan business time kita belajar. Tiada masalah pun. Cuma kenalah cuba
imbangkan Business dan Study. Sejujurnya, bagi saya Study lagi penting.
Business ni sekadar menambah nilai kemahiran dan kebolehan kita. Jangan salah
faham ye!
Sebagai pelajar,
semua orang perlu terima hakikat bahawa anda pastinya mempunyai kekangan dari
segi kewangan bukan? Tetapi, anda perlu tahu bahawa untuk memulakan perniagaan,
modal tidaklah terlalu besar diperlukan! Baca hasil temuramah saya dengan dua
sahabat ini :
"Pada
awal-awal tu, budget takde banyak sangat. Lebih kurang RM 200. Sebab main focus
aku nak test market dulu. Lepas tu, baru lah aku rolling modal tu."
Muhammad Alif Azaman, 21 Tahun
Universiti
Teknologi PETRONAS
Perniagaan
: Kerepek
"Aku start lebih
kurang RM200. Dengan RM200 ni, aku beli lebih kurang 5 helai baju. Then, aku
pun akan cycle berniaga balik lepas abis jual baju. Aku takkan overspent, takut
pulak rugi. So, dah budget awal2 berapa helai nak beli. Then, aku pun start
simpan RM1000 sebagai modal, takut-takut ada orang nak beli banyak macam team
bola. Lama-lama, aku tambah la modal tu."
Aqilah Suhaimi, 21 Tahun
Universiti Teknologi PETRONAS
Perniagaan : Jersey Bola/ Baju Sukan
Lihat! Tak perlu pun modal yang banyak!
Tetapi, kita haruslah berdisiplin dalam mengembangkan modal tersebut. Untuk
awal-awal, bermula dengan RM 100 dan RM 200 dah cukup! Pastu, jadikan profit
anda sebagai modal pusingan!
RM 100 >
RM 140 > RM 190 > RM 270 > … > RM 900
Ataupun, kalau memang tiada modal langsung,
apa kata anda buat business cara tempahan. Contohnya, kalau kita nak jual kek
lapis. Kita ambil tempahan dulu, dengan bayaran deposit sekali, lepas tu baru
lah pergi beli kek tersebut dan serahkan kek kepada pelanggan dengan memungut
bakinya sekali! Cara ini tidak memerlukan anda keluarkan modal satu sen pun!
Selesai soal modal. Sekarang jenis perniagaan
pula.
Kepada mereka yang tinggal di asrama,
perniagaan berasaskan makanan dan minuman adalah antara yang paling mendapat
perhatian. Kalau rajin, konsep “door to door” haruslah dipraktikan oleh anda!
Sebab kita boleh memudahkan pelanggan!! Saya pernah jumpa beberapa orang
kenalan yang jual minuman jus, set makan malam dan burger. Malah, saya sendiri
dulu pernah jual hot dog!!!! Perniagaan
seperti ini memang memerlukan anda berani dan mahir dari segi pemasaran!
Atau, anda juga boleh memilih untuk menjadi
agen-agen barangan elektronik dan ICT. Contohnya handphone, laptop, catridge,
printer, prepaid dan macam-macam lagi. Kalau anda ingin menjalankan business
macam ini, anda perlulah pastikan marketing anda power! Sebab ini bukan perkara
keperluan seperti makanan, dan pelanggan anda akan mencari anda bila hanya
keadaan mereka memerlukan sahaja!
Atau, anda boleh memilih untuk menjual pakaian!
Mungkin anda boleh menjual jersey, baju konsep (cop university, wording)
ataupun tudung! Saya diberitahu oleh rakan sekerja saya di sini, ada rakannya
yang sedang belajar di IPTA boleh menjana pendapatan lebih daripada RM1K hanya
menjual tudung!! (Kepada yang berminat nak jadi agen tudung, tanpa modal, sila
tinggalkan emel anda! Saya akan pass kepada rakan saya di sini!) Tetapi,
perniagaan macam ni, memerlukan anda mahir dalam penentuan harga! Mereka akan
menilai harga dari segi tahap keunikan dan kualiti fabrik.
Kalau yang ada kemahiran yang khusus seperti
multimedia ataupun photography, bolehlah anda memasuki dalam bidang tersebut!
Tengok sini, sini dan sini! Kesemua pautan yang saya bagi ni antara contoh mereka yang terlibat dalam bidang multimedia dan photography. Ini dipanggil sebagai Talent-Based-Business!!
Apapun jenis perniagaan yang anda pilih,
paling penting adalah semangat dan kemahuan anda untuk melakukan perniagaan.
Jangan terlalu besar, kelak dugaan menimpa, tidak sempat pula anda bangkit
kembali (Berdasarkan pengalaman sendiri). Bak kata orang tua-tua,
sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukitt!!
Bermulalah dari kecil agar cita-cita membuka
empayar anda sendiri suatu hari nanti menjadi kenyataan!!
Selepas ini > Strategi Pemasaran Untuk Perniagaan Kecil-Kecilan





























